BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 5, 2009

Pasar Mundok Pasir Mas

Pasar Mundok Pasir Mas letaknya disepanjang tepi landasan keretapi Pasir Mas ke Tumpat, pasar ini hanya ada satu lorong sahaja. Hendak masuk ke pasar ini boleh memelalui lorong di pintu hampir dengan gate keretapi (Lintasan keretapi) atau melalui setesen Teksi (kereta sewa) atau melalui jalan lintasan trafic light jalan satu hala ( mungkin inilah satu-satu trafic di Malaysia yang ada dijalan satu hala).

Pasar ini dinamakan Pasar Mundok kerana penjual banyak menjual barang dari Pasar Mundok Thailand. Sempena nama Pasar Mundok Thailand itulah dinamakan Pasar Mundok Pasir Mas. Pasar Mundok Thailand hanya 2 hari seminggu, tetapi di Pasar Mundok Pasir Mas 7 hari seminggu. Hari Jumaat dan Sabtu paling ramai pengunjong. Pasar ini beroperasi bermula jam 6.00 pagi lagi. Penjual kecil2an banyak membeli disini kerana harganya murah dan dapat beli dengan harga borong.

Makcik2 dari kampong ramai menjual hasil dari kampong di pasar ini. Kalau nak makan ulam kampong atau ikan sungai disinilah tempatnya. Daging lembu juga banyak dijual disini, mereka tidak pakai timbang tatapi mereka pakai ikat (cucuk) dengan harga RM5 atau RM10.

Pasar ini lebih ramai pengunjong kalau dibanding dengan pasar besar Pasir Mas(sementara). Pasar besar tu dah hampir nak mati, penjual ramai keluar menjual diluar pagar sedangkan didalam pasar kosong. Ramai juga penjual dari pasar besar sudah berpindah ke Pasar Mundok ni. Kalau hari Jumaat penuh sesak nak berjalan pun susah.......disini semua barang ada...boleh lihat gambar-gambar ini.


Lintasan keretapi Pasir Mas disinilah bermulanya Pasar Mundok Pasir Mas. Sebelah kiri tu adalah pintu masuk ke pasar Mundok.


Inilah pintu masuk sebelah gate keretapi. Biasanya kalau waktu pagi dikawasan ini penuh dengan van pemborong.


Pintu masuk dari dekat sudah dipenuhi oleh peniaga. Di kawasan ini biasanya diwaktu pagi penuh dengan buah2an dan sayur2an yang baru sampai samada dariThailan atau dari kampong.

Ini pemandangan pintu masuk melalui setesen teksi (kereta sewa).
Disini pun penuh dengan van peniaga.


Pasar Mundok Pasir Mas ni berasa dibelakang warkshop bas ni.
Ini adalah setesen bas Pasir Mas.


Pemandangan dalam Pasar Mundok Pasir Mas.









Keretapi dari Tanah Merah sedang berhenti di setesen Pasir Mas dan pasar mundok berada bersebelahan dengan landasan keretapi ini. saya sedang berdiri di pintu pagar (haram) pasar mundok

Kepala keretapi sedang melalui jalan pintas dari pintu pagar Pasar mundok ke pintu pagar pasar Besar Pasir Mas



Friday, August 14, 2009

Indahnya Alam waktu fajar


Sekembali dari masjid solat Suboh....semasa berdiri dihalaman rumah, terlihat "Alangkah Indahnya Alam ini diwaktu ini"......terusku abadikan dengan kamera ku.......






Monday, August 10, 2009

Jalan-Jalan Ke Surabaya dan Jogja

P


ada 23 Januari 2008 saya dan kawan2 telah membuat rombongan melawat Surabaya dan Jogja yang diketuai oleh Pn.Rani Abd.Mutalib. Kami bertolak dari Kota Bharu dengan AirAsia paling awal, dan kami bertolak ke Surabaya pada ptg dan sampai hampir senja. Sampai saja kami disambut oleh Ketua pemandu pelancong di Indonesia. Kami dibawa terus ke tempat makan 'Pondok Tempo Doeloe', sungguh sedap makanan kerana perut sedang lapar, kebetulan di KLIA belum makan. Lepas makan kami dibawa terus ke hotel 'Hotel Sahid Surabaya'. Lepas daftar kami dibawa melawat sekitar bandar Surabaya.

Pagi besok kami dibawa melawat Makam wali 7. Sunggoh ramai pelawat, kebanyakan orang Indonesia. Kami solat Zohor disini. Disekitar makam (masjid) ni banyak gerai2 yang menjual barang2 seperti yang terdapat diMadinah dan Mekah, semua ada. Jubah dan tudung sunggoh banyak dan murah. Tengahari kami makan di 'Kebon Kelapa - rumah makan khas sunda'. Apabila balik kehotel waktu malam, isteri saya masih nak beli jubah lagi, saya terpaksa pergi lagi dengan teksi. Mulanya takut juga........teksi disini sanggup tunggu kita kerana disana susah nak dapat pelanggan dan kita susah nak dapat teksi untuk balik hotel.

Pada esoknya waktu t/hari kami bertolak ke Jogja dengan bas pelancong, penat juga 8 jam dalam bas. Sampai Solo kami singgah makan sebelum sampai Jogja. Sampai di Jogja kami menginap di Hotel Mutiara.

Pada waktu pagi keluar dari hotel, kami telah diserbu oleh penjual2 yang memang menunggu kami, susah juga nak melayannya. Kemudian kami bertolak melawat Borobodur. Disana lagi ramai penjual, nak berjalan pun susah kerana dikelilingi oleh mereka. Saya dan isteri saya dapat naik hingga ketingkat paling atas, ada juga member tak larat nak naik, rugilah bukan selalu datang.

Semasa balik dari Borobodur ke tempat makan sempat juga kami singgah di pasar buah Salak. Salak disini memang manis. makan t/hari kami dibawa ke tempat khas, dimana semua lauk hanya ikan sahaja. makan secara bersila. Tempatnya terpencil juga tapi ramai juga orang datang.

Besoknya kami melawat ke tempat barang kulit, yang hairannya disini tak jumpa kain batik jawa. Barang kulitnya memang murah, macam2 barang dibelinya, yang paling lucu ada member yang beli kasut sampai rumah tak boleh pakai sebab saiz tak sama....ha..ha..ha

Besoknya kami pun bertolak balik melalui airpot di solo. Terima kasih kepada semua pemandu pelancong.......mereka semua baik-baik.....


Ketua Rombongan Pn.Rani & Suami

Bergambar depan Borobodur

Pn.Rani sedang menerang sesuatu kepada penyambut tetamu Universitas Gadja Mada

Melawat Univeritas Gadja Mada

Bergambar dengan Ketua pemandu pelancongan di Indonesia sudah lupa nama nya....

Ini ada lagi gambar secara slide

Friday, August 7, 2009

Happy Birthday

Selamat Hari Jadi Semoga Panjang Umor dan Murah Rezeki

......Happy Birthday To You.....

Wednesday, August 5, 2009

Cucuku Yang Nakal


Dua orang cucuku yang cukup nakal Ipan & Damia

Irfan Wazif ( Ipan ) cucuku yang pertama
semasa kecil

Irfan Wazif (Ipan) sekarang sudah besar
DAMIA ARISSA
Cucuku no.2


Sunday, August 2, 2009

Singgah Sekejap Di Pekan Rantau Panjang

S


emalam 1 ogos 2009 (Sabtu), saya dan isteri pergi ke Jeli kerana ada sedikit urusan, tidaklah sampai ke KL untuk berdemotrasi......Semasa balik kami singgah sekejap di Pekan Rantau Panjang kerana lama tidak ke RP.

Rantau Panjang adalah sebuah pekan Bebas Cukai, ia terletak bersebelahan dengan bandar Golok Thailand dipisahkan oleh Sg.Golok. Jarak rumah saya dengan Rantau Panjang hanya 20 km sahaja. Pada mulanya saya agak tentu pekan RP hari ini lengang sahaja kerana sekarang bukan musim cuti sekolah. Apabila saya masuk sahaja ke pekan RP, saya terkejut kerana bagitu ramai pelancong, hendak letak kereta pun susah, kereta penuh, bas pelancong pun banyak. Kalau musim cuti sekolah pekan RP ni jem, tak boleh masuk. Pelancong hari ini saya lihat ramai dari luar, saya dapat kenal mereka bukan orang kelantan dari percakapan mereka (bukan dailek kelantan). Tak jadilah hendak jalan-jalan untuk shopping, saya terus mencari restoran untuk makan tengahari kerana perut sudah lapar. Restoran yang terkenal di RP ialah Noor Restoran, tom yamnya paling best....Semasa sedang makan banyak lagi bas pelancong yang baru tiba.

Dibawah ni saya letakkan beberapa keping gambar suasana pekan RP



Sebuah bas pelancong baru tiba........

Bas IPDA pun ada juga.....










jaket army banyak dijual di sini...

Kelihatan sekumpulan kereta yang ada aktiviti dan bertampal poster....dari Selangor
Singgah juga di Rantau Panjang.......

Singgah makan di Noor Restoran....Sebuah restoran yang tersohor di Rantau Panjang dengan Tom Yam yang sunggoh sedap. Sudah banyak tempat saya makan tom yam ni.......tapi tak boleh nak tanding tom yam Noor Restoran ni.... Kelihatan dalam restoran ni sekumpulan pasukan pelawat dari Selangor juga sedang makan....mungkin mereka ada aktiviti ke negeri Kelantan
Jam 2.30 pm bertolak balik ke rumah melalui Kompleks kastam ini.....