BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 29, 2009

Jalan-jalan ke Pasar Mundok Thailand

C


uti kali ini, anak saya dah rancang untuk pergi ke PASAR MUNDOK, Thailand. Pada 10 Julai 2009 hari Jumaat, kami pun pergi ke Pasar Mundok, Ipan pun nak ikut juga...nak naik bot. Pasar Mundok ni berada disebelah Thailand diatas tebing sungai Golok. Bagi penduduk Kelantan, terutama yang tinggal disekitar Pasir Mas, Pasar Mundok ni memang terkenal dengan pasar barang murah. Untuk pergi ke pasar Mundok kena naik bot melintasi Sungai Golok, tambang RM1.00 seorang sehala, kalau dulu hanya 50 sen pergi-balik. Sekarang ni bukan sahaja penduduk Pasir Mas yang pergi, penduduk dari daerah lain pun sudah ramai yang datang malah ada yang datang dari Trengganu pun ada juga. Kalau cuti sekolah dari negeri lain pun ada........orang KL pun ada juga........Johor, Pahang Melaka ah ramailah............

Pasar Pagi Pekan Mundok ni diadakan dua kali seminggu, hari Jumaat dan hari Isnin. Orang sini panggil hari 'NAK'. Hari Jumaatlah hari besar.......peniaga pun ramai......pembeli pun ramai.....hari Isnin peniaga tidak ramai...........pembeli tidak ramai....sebab hari bekerja bagi Malaysia. Pada pagi Jumaat, ramailah pemborong dari Malaysia turun ke Mundok untuk beli barang murah untuk jualan dibandar2 sekitar Kelantan. Saya selalu juga pergi ke Mundok untuk beli beras untuk keluarga. Orang Kelantan ni lebih suka makan beras siam, bukan tidak ada semangat Malaysia, tapi sebab beras siam ni nasinya lebih sedap. Bagi saya, kalau saya nak pergi rumah anak2 di KL pun, biasanya saya bawa beras siam untuk dimakan disana .......jangan jelous.

Hebatnya Pasar Mundok ni, menyebabkan pasar pagi di bandar Pasir Mas pun orang ramai panggil Pasar Mundok juga......sebab banyak barang-barang yang dijual disini datangnya dari Pasar Mundok Thailand. Kalau musim buah, Pasar Mundok lah tempat jualan murah....buah ikut musim........musim buah pauh (mangga) Thailand, laichi, mata kucing, dokong, durian .........macam2lah semuanya murah...murah....murah .......

Kalau saudara/i yang belum pernah sampai ke Pekan Mundok, kalau sampai ke Kelantan mesti pergi ke Mundok.....orang-orang Kelantan pun mana yang belum pergi lagi..........cuba2lah pergi jalan-jalan ke Pasar Mundok Thailand................tempatnya selamat......


Sham dan Ipan sedang menuju ke jeti tempat bot mambawa penumpang ke pasar mundok.
Tak sabar lagi ke.......yang nampak bangunan tu......pasar mundok la.....sebelah Thailand...dan sungai tu.....Sg.Golok la.......ditebing sungai ni penuh dengan kereta.......kalau musim cuti sekolah lagi ramai.........semuanya nak ke Thailand.....disini tidak ada imigrasen........kalau ada pun hanya PGA.........keluar masuk bebas.....

Sudah berada diatas bot untuk ke pasar mundok, Thailand......ipan takut2....kerana bot bergoyang. Bot tidak akan bertolak selagi tidak penuh, ramai yang terpaksa berdiri diatas bot. Tambang dikenakan sebanyak RM1.00 seorang sehala. Nak balik nanti kena lagi RM1.00. Kalau dulu tambangnya 50 sen sahaja pergi-balik. Sekarang ni semua naik......
Baru naik atas tebing sungai golok sebelah Thailand....ambil gambar dulu....

Pemandangan gerai jual baju.....hari sudah panas terik.....Ipan sudah penat berjalan.....minta dukong.......hai letihlah macam ni....

Sri sedang beli lauk untuk makan t/hari.......paprek belut.....

jalan-jalan....pusing-pusing.....inilah pasar Mundok......Sham dah beli barang nampaknya......

Hai ...panasnya....Sri dah dahaga air.....minum dulu........


Ipan sedang berehat diatas tebing sungai golok disebelah Thailand ........ menunggu bot untuk balik ke Malaysia........yang nampak sebelah sungai tu.....Malaysia le.....


Penat berjalan di Pasar Mundok.......kami pun naik bot untuk balik....barang yang dibeli sedikit sahaja.......dua plastik hitam tu......beras siam 20kg.....yang nampak dibelakang tu......Sg.Golok

Sham, Sri dan anaknya Ipan sedang berada diatas bot untuk balik ke Malaysia......oh jauhnya.....


Bot yang kami naiki sudah hampir sampai ke jeti disebelah Malaysia.........yang nampak tu adalah sebelah Malaysia................daerah Rantau Panjang


Selamat tinggal pekan Mundok, Thailand. Ada masa akan datang lagi..................

Sunday, July 26, 2009

BBQ

BBQ


atau bakar ayam ni selalu diadakan, kalau dulu semasa semua anak2 ada dirumah, boleh dikatakan setiap bulan ada bakar ayam. Tetapi selepas anak2 semua sudah besar dan sudah berumah tangga jarang diadakan, sebab yang suka bakar ayam ni hanya anak2. Apabila mereka balik bercuti kali ini 9 Julai 2009 (Khamis)........tiba2 teringat nak bakar ayam.......jadi siang tadi pergilah cari ayam, ikan segar dan sotong, biasanya udang ada juga........daging mereka tidak suka. Lepas bakar makanlah beramai2 dengan nasi goreng atau mee goreng. Maaflah gambar semasa makan lupa nak ambil...sebab semuanya sebuk nak makan.........yang paling laku sotong..... lain kali nak bakar kambing seekor dipanggang.....hoi best....

Mari-mari bakar ayam, ikan ada juga.....

Inilah ayam dan ikan sedang dibakar......oh sotong ada juga......sedapnya...

Syam dan Rina sedang membalik-balik ayam dan ikan supaya tidak hangus..

Ipan pun sibuk juga membakar ayam .......jangan makan lagi.....ayam tu panas

Sham sedang tekun membakar ayam....jaga-jaga jangan sampai hangus...

Inilah ayam, ikan dan hot dog yang telah siap dibakar....lepas ni kita makan.... mana sotongnya!!!!!!!!!

Saturday, July 18, 2009

Berkelah di Pantai Melawi Bachok, Kelantan

Pada 11Julai 2009, kami sekeluarga pergi berkelah ke pantai Melawi, Bachok, Kelantan. Sudah lama kami tidak kepantai kebetulan anak2 ada balik bercuti, jadi kami pun mengambil keputusan untuk pergi mandi pantai. Kami pergi dalam pukul 11.00 pagi setelah persiapan secara rengkas disediakan oleh isteri saya. Saya, isteri saya, Sri & Sham sekeluarga ( anak menantu ) dengan 2 anak ( Ipan & Damia ), Riena, mimie dan amirul.

Pantai Melawi adalah satu pantai yang selamat kerana airnya tidak dalam walaupun 100 m kedalam laut hanya air paras lutut sahaja. Bagi anak2, pantai ini adalah sangat selamat. Satu lagi keseronokannya ialah dapat mengutip remis apabila air laut surut, dah jadi satu pesta pula.

Awal 80an dulu pantai Melawi ini tidaklah terkenal sangat dan tidak ada satu pun chalet atau rumah rehat. Pada masa tu selalu datang buat hari keluarga, tidak ada gangguan. pantai cantik dan selamat. Sekarang ini sangat susah nak cari tempat untuk berkelah kerana semua tempat dah ada chalet...........kalau datang mesti sewa chalet........

Setelah puas mandi dan kutip remis, jam 6.00 ptg, kami pun balik.....lepas tu pergi Tok Bali cari ikan segar dan sotong.........sekali-sekali seronok juga .......... bila mau datang lagi tak tahu bila.....



Amirul, Ipan & mimi sedang berehat ditangga chalet yang disewa oleh ibunya
untuk kemudahan mandi dan solat

Sampai saja.....semua berlari tengok ombak.....lama tidak tengok ombak....tak sabar nak mandi agaknya....tunggu....makan dulu....arah ibunya.....

Damia tak nak mandi kee.......semua orang nak mandi laut....main ombak

Makan dulu sebelum mandi......Ipan & papanya sedang makan nasi....lepas tu baru mandi....

Ipan lari bila nampak ombak.......kemudian tidak takut lagi..

Damia gelak sakan........diacah oleh mak saudaranya......


Damia masih takut nak pijak pasir....mungkin rasa geli......

Ipan sedang main pasir, setelah puas mandi.......lepas ini mandi lagi....

Sham & Sri sedang mencari remis yang banyak timbul setelah air laut surut.
Sepanjang pantai ramai orang sedang mencari remis.....


Inilah yang dinamakan remis........kalau dinegeri Thai dia rendam dengan air garam dan terus makan, untuk senang makan hanya rebus dengan serai sahaja sudah cukup....saja2 nak makan


Amirul & anak saudara Ipan.....sedang mandi dan main ombak

Sri & anaknya bermain ombak........tak takut keee

Keletehan, terus tertidor didalam kereta - bapa saudara & anak saudara

Friday, July 17, 2009

Lambaian Kaabah (2)....sambungan

Inilah kapal terbang yang kami naik untuk ke Tanah Suci

Pijak tanah Madinah pada waktu Suboh

Pemandangan Masjid Nabi pada waktu malam dari bilik hotel

Hotel Movenpick tempat kami menginap di Madinah

Bersama anak saudara Azahir selepas Solat suboh di Masjid Nabi, Madinah

Isteri dan anak saudara Surainie sedang menunggu bas untuk Ziarah di Madinah

Sedang makan di Hotel Movenpick, Madinah

Bersama Abang Din & Kak Pah - Tokey Restoran di Kota Bharu

Bersama pegawai TH Travel

Isteri jumpa kawannya semasa di Mekah

Isteri, Azizi & isteri dan Yusoff & isteri dibelakang sedang berjalan menuju ketempat melontar bersama pegawai TH Travel

Bangunan Pencakar langit yang tinggi mengalahkan Masjidil-Haram

Ceramah oleh Ust.Aluwi - guru agama TH

Pandangan Masjidil-Haram dari seberang jalan depan hotel

Bersama Ketua Bangunan - Ketua Pakej Aqiq TH Travel

Air Zam-Zam di Masjidil-Haram

Bersedia untuk menghantar beg dengan penerbangan Saudi

Isteri, Surainie & Azahir beersedia untuk naik Saudi Arabia Air untuk pulang ke Malaysia

Kepenatan - semua tertidor

Baru tiba dari Jeddah, minum2 di KLIA

Bergambar dengan penceramah motivasi tersohor Datuk Dr.Fadhilah Kamsah semasa jumpa di KLIA

Bersama isteri di KLIA - menunggu untuk balik ke Kota Bharu