Sekembali dari masjid solat Suboh....semasa berdiri dihalaman rumah, terlihat "Alangkah Indahnya Alam ini diwaktu ini"......terusku abadikan dengan kamera ku.......
Friday, August 14, 2009
Indahnya Alam waktu fajar
Sekembali dari masjid solat Suboh....semasa berdiri dihalaman rumah, terlihat "Alangkah Indahnya Alam ini diwaktu ini"......terusku abadikan dengan kamera ku.......
Ditulis oleh Ibrahim Yusoff pada pukul 9:45 AM 0 pemberi komen
Monday, August 10, 2009
Jalan-Jalan Ke Surabaya dan Jogja
P
ada 23 Januari 2008 saya dan kawan2 telah membuat rombongan melawat Surabaya dan Jogja yang diketuai oleh Pn.Rani Abd.Mutalib. Kami bertolak dari Kota Bharu dengan AirAsia paling awal, dan kami bertolak ke Surabaya pada ptg dan sampai hampir senja. Sampai saja kami disambut oleh Ketua pemandu pelancong di Indonesia. Kami dibawa terus ke tempat makan 'Pondok Tempo Doeloe', sungguh sedap makanan kerana perut sedang lapar, kebetulan di KLIA belum makan. Lepas makan kami dibawa terus ke hotel 'Hotel Sahid Surabaya'. Lepas daftar kami dibawa melawat sekitar bandar Surabaya.
Pagi besok kami dibawa melawat Makam wali 7. Sunggoh ramai pelawat, kebanyakan orang Indonesia. Kami solat Zohor disini. Disekitar makam (masjid) ni banyak gerai2 yang menjual barang2 seperti yang terdapat diMadinah dan Mekah, semua ada. Jubah dan tudung sunggoh banyak dan murah. Tengahari kami makan di 'Kebon Kelapa - rumah makan khas sunda'. Apabila balik kehotel waktu malam, isteri saya masih nak beli jubah lagi, saya terpaksa pergi lagi dengan teksi. Mulanya takut juga........teksi disini sanggup tunggu kita kerana disana susah nak dapat pelanggan dan kita susah nak dapat teksi untuk balik hotel.
Pada esoknya waktu t/hari kami bertolak ke Jogja dengan bas pelancong, penat juga 8 jam dalam bas. Sampai Solo kami singgah makan sebelum sampai Jogja. Sampai di Jogja kami menginap di Hotel Mutiara.
Pada waktu pagi keluar dari hotel, kami telah diserbu oleh penjual2 yang memang menunggu kami, susah juga nak melayannya. Kemudian kami bertolak melawat Borobodur. Disana lagi ramai penjual, nak berjalan pun susah kerana dikelilingi oleh mereka. Saya dan isteri saya dapat naik hingga ketingkat paling atas, ada juga member tak larat nak naik, rugilah bukan selalu datang.
Semasa balik dari Borobodur ke tempat makan sempat juga kami singgah di pasar buah Salak. Salak disini memang manis. makan t/hari kami dibawa ke tempat khas, dimana semua lauk hanya ikan sahaja. makan secara bersila. Tempatnya terpencil juga tapi ramai juga orang datang.
Besoknya kami melawat ke tempat barang kulit, yang hairannya disini tak jumpa kain batik jawa. Barang kulitnya memang murah, macam2 barang dibelinya, yang paling lucu ada member yang beli kasut sampai rumah tak boleh pakai sebab saiz tak sama....ha..ha..ha
Besoknya kami pun bertolak balik melalui airpot di solo. Terima kasih kepada semua pemandu pelancong.......mereka semua baik-baik.....
Bergambar dengan Ketua pemandu pelancongan di Indonesia sudah lupa nama nya....
Ini ada lagi gambar secara slide
Ini ada lagi gambar secara slide
Ditulis oleh Ibrahim Yusoff pada pukul 4:31 PM 0 pemberi komen
Friday, August 7, 2009
Happy Birthday
Selamat Hari Jadi Semoga Panjang Umor dan Murah Rezeki
......Happy Birthday To You.....
......Happy Birthday To You.....
Ditulis oleh Ibrahim Yusoff pada pukul 8:54 AM 0 pemberi komen
Wednesday, August 5, 2009
Cucuku Yang Nakal
Ditulis oleh Ibrahim Yusoff pada pukul 1:55 PM 0 pemberi komen
Sunday, August 2, 2009
Singgah Sekejap Di Pekan Rantau Panjang
S
emalam 1 ogos 2009 (Sabtu), saya dan isteri pergi ke Jeli kerana ada sedikit urusan, tidaklah sampai ke KL untuk berdemotrasi......Semasa balik kami singgah sekejap di Pekan Rantau Panjang kerana lama tidak ke RP.
Dibawah ni saya letakkan beberapa keping gambar suasana pekan RP
Kelihatan sekumpulan kereta yang ada aktiviti dan bertampal poster....dari Selangor
Singgah juga di Rantau Panjang.......
Singgah juga di Rantau Panjang.......
Singgah makan di Noor Restoran....Sebuah restoran yang tersohor di Rantau Panjang dengan Tom Yam yang sunggoh sedap. Sudah banyak tempat saya makan tom yam ni.......tapi tak boleh nak tanding tom yam Noor Restoran ni.... Kelihatan dalam restoran ni sekumpulan pasukan pelawat dari Selangor juga sedang makan....mungkin mereka ada aktiviti ke negeri Kelantan
Ditulis oleh Ibrahim Yusoff pada pukul 10:33 AM 0 pemberi komen
Subscribe to:
Posts (Atom)