Pasar Mundok Pasir Mas letaknya disepanjang tepi landasan keretapi Pasir Mas ke Tumpat, pasar ini hanya ada satu lorong sahaja. Hendak masuk ke pasar ini boleh memelalui lorong di pintu hampir dengan gate keretapi (Lintasan keretapi) atau melalui setesen Teksi (kereta sewa) atau melalui jalan lintasan trafic light jalan satu hala ( mungkin inilah satu-satu trafic di Malaysia yang ada dijalan satu hala).
Pasar ini dinamakan Pasar Mundok kerana penjual banyak menjual barang dari Pasar Mundok Thailand. Sempena nama Pasar Mundok Thailand itulah dinamakan Pasar Mundok Pasir Mas. Pasar Mundok Thailand hanya 2 hari seminggu, tetapi di Pasar Mundok Pasir Mas 7 hari seminggu. Hari Jumaat dan Sabtu paling ramai pengunjong. Pasar ini beroperasi bermula jam 6.00 pagi lagi. Penjual kecil2an banyak membeli disini kerana harganya murah dan dapat beli dengan harga borong.
Makcik2 dari kampong ramai menjual hasil dari kampong di pasar ini. Kalau nak makan ulam kampong atau ikan sungai disinilah tempatnya. Daging lembu juga banyak dijual disini, mereka tidak pakai timbang tatapi mereka pakai ikat (cucuk) dengan harga RM5 atau RM10.
Pasar ini lebih ramai pengunjong kalau dibanding dengan pasar besar Pasir Mas(sementara). Pasar besar tu dah hampir nak mati, penjual ramai keluar menjual diluar pagar sedangkan didalam pasar kosong. Ramai juga penjual dari pasar besar sudah berpindah ke Pasar Mundok ni. Kalau hari Jumaat penuh sesak nak berjalan pun susah.......disini semua barang ada...boleh lihat gambar-gambar ini.

Disini pun penuh dengan van peniaga.
Ini adalah setesen bas Pasir Mas.