BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 18, 2009

Berkelah di Pantai Melawi Bachok, Kelantan

Pada 11Julai 2009, kami sekeluarga pergi berkelah ke pantai Melawi, Bachok, Kelantan. Sudah lama kami tidak kepantai kebetulan anak2 ada balik bercuti, jadi kami pun mengambil keputusan untuk pergi mandi pantai. Kami pergi dalam pukul 11.00 pagi setelah persiapan secara rengkas disediakan oleh isteri saya. Saya, isteri saya, Sri & Sham sekeluarga ( anak menantu ) dengan 2 anak ( Ipan & Damia ), Riena, mimie dan amirul.

Pantai Melawi adalah satu pantai yang selamat kerana airnya tidak dalam walaupun 100 m kedalam laut hanya air paras lutut sahaja. Bagi anak2, pantai ini adalah sangat selamat. Satu lagi keseronokannya ialah dapat mengutip remis apabila air laut surut, dah jadi satu pesta pula.

Awal 80an dulu pantai Melawi ini tidaklah terkenal sangat dan tidak ada satu pun chalet atau rumah rehat. Pada masa tu selalu datang buat hari keluarga, tidak ada gangguan. pantai cantik dan selamat. Sekarang ini sangat susah nak cari tempat untuk berkelah kerana semua tempat dah ada chalet...........kalau datang mesti sewa chalet........

Setelah puas mandi dan kutip remis, jam 6.00 ptg, kami pun balik.....lepas tu pergi Tok Bali cari ikan segar dan sotong.........sekali-sekali seronok juga .......... bila mau datang lagi tak tahu bila.....



Amirul, Ipan & mimi sedang berehat ditangga chalet yang disewa oleh ibunya
untuk kemudahan mandi dan solat

Sampai saja.....semua berlari tengok ombak.....lama tidak tengok ombak....tak sabar nak mandi agaknya....tunggu....makan dulu....arah ibunya.....

Damia tak nak mandi kee.......semua orang nak mandi laut....main ombak

Makan dulu sebelum mandi......Ipan & papanya sedang makan nasi....lepas tu baru mandi....

Ipan lari bila nampak ombak.......kemudian tidak takut lagi..

Damia gelak sakan........diacah oleh mak saudaranya......


Damia masih takut nak pijak pasir....mungkin rasa geli......

Ipan sedang main pasir, setelah puas mandi.......lepas ini mandi lagi....

Sham & Sri sedang mencari remis yang banyak timbul setelah air laut surut.
Sepanjang pantai ramai orang sedang mencari remis.....


Inilah yang dinamakan remis........kalau dinegeri Thai dia rendam dengan air garam dan terus makan, untuk senang makan hanya rebus dengan serai sahaja sudah cukup....saja2 nak makan


Amirul & anak saudara Ipan.....sedang mandi dan main ombak

Sri & anaknya bermain ombak........tak takut keee

Keletehan, terus tertidor didalam kereta - bapa saudara & anak saudara

0 pemberi komen: