BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 10, 2009

Jalan-Jalan Ke Surabaya dan Jogja

P


ada 23 Januari 2008 saya dan kawan2 telah membuat rombongan melawat Surabaya dan Jogja yang diketuai oleh Pn.Rani Abd.Mutalib. Kami bertolak dari Kota Bharu dengan AirAsia paling awal, dan kami bertolak ke Surabaya pada ptg dan sampai hampir senja. Sampai saja kami disambut oleh Ketua pemandu pelancong di Indonesia. Kami dibawa terus ke tempat makan 'Pondok Tempo Doeloe', sungguh sedap makanan kerana perut sedang lapar, kebetulan di KLIA belum makan. Lepas makan kami dibawa terus ke hotel 'Hotel Sahid Surabaya'. Lepas daftar kami dibawa melawat sekitar bandar Surabaya.

Pagi besok kami dibawa melawat Makam wali 7. Sunggoh ramai pelawat, kebanyakan orang Indonesia. Kami solat Zohor disini. Disekitar makam (masjid) ni banyak gerai2 yang menjual barang2 seperti yang terdapat diMadinah dan Mekah, semua ada. Jubah dan tudung sunggoh banyak dan murah. Tengahari kami makan di 'Kebon Kelapa - rumah makan khas sunda'. Apabila balik kehotel waktu malam, isteri saya masih nak beli jubah lagi, saya terpaksa pergi lagi dengan teksi. Mulanya takut juga........teksi disini sanggup tunggu kita kerana disana susah nak dapat pelanggan dan kita susah nak dapat teksi untuk balik hotel.

Pada esoknya waktu t/hari kami bertolak ke Jogja dengan bas pelancong, penat juga 8 jam dalam bas. Sampai Solo kami singgah makan sebelum sampai Jogja. Sampai di Jogja kami menginap di Hotel Mutiara.

Pada waktu pagi keluar dari hotel, kami telah diserbu oleh penjual2 yang memang menunggu kami, susah juga nak melayannya. Kemudian kami bertolak melawat Borobodur. Disana lagi ramai penjual, nak berjalan pun susah kerana dikelilingi oleh mereka. Saya dan isteri saya dapat naik hingga ketingkat paling atas, ada juga member tak larat nak naik, rugilah bukan selalu datang.

Semasa balik dari Borobodur ke tempat makan sempat juga kami singgah di pasar buah Salak. Salak disini memang manis. makan t/hari kami dibawa ke tempat khas, dimana semua lauk hanya ikan sahaja. makan secara bersila. Tempatnya terpencil juga tapi ramai juga orang datang.

Besoknya kami melawat ke tempat barang kulit, yang hairannya disini tak jumpa kain batik jawa. Barang kulitnya memang murah, macam2 barang dibelinya, yang paling lucu ada member yang beli kasut sampai rumah tak boleh pakai sebab saiz tak sama....ha..ha..ha

Besoknya kami pun bertolak balik melalui airpot di solo. Terima kasih kepada semua pemandu pelancong.......mereka semua baik-baik.....


Ketua Rombongan Pn.Rani & Suami

Bergambar depan Borobodur

Pn.Rani sedang menerang sesuatu kepada penyambut tetamu Universitas Gadja Mada

Melawat Univeritas Gadja Mada

Bergambar dengan Ketua pemandu pelancongan di Indonesia sudah lupa nama nya....

Ini ada lagi gambar secara slide

0 pemberi komen: