BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 2, 2009

Singgah Sekejap Di Pekan Rantau Panjang

S


emalam 1 ogos 2009 (Sabtu), saya dan isteri pergi ke Jeli kerana ada sedikit urusan, tidaklah sampai ke KL untuk berdemotrasi......Semasa balik kami singgah sekejap di Pekan Rantau Panjang kerana lama tidak ke RP.

Rantau Panjang adalah sebuah pekan Bebas Cukai, ia terletak bersebelahan dengan bandar Golok Thailand dipisahkan oleh Sg.Golok. Jarak rumah saya dengan Rantau Panjang hanya 20 km sahaja. Pada mulanya saya agak tentu pekan RP hari ini lengang sahaja kerana sekarang bukan musim cuti sekolah. Apabila saya masuk sahaja ke pekan RP, saya terkejut kerana bagitu ramai pelancong, hendak letak kereta pun susah, kereta penuh, bas pelancong pun banyak. Kalau musim cuti sekolah pekan RP ni jem, tak boleh masuk. Pelancong hari ini saya lihat ramai dari luar, saya dapat kenal mereka bukan orang kelantan dari percakapan mereka (bukan dailek kelantan). Tak jadilah hendak jalan-jalan untuk shopping, saya terus mencari restoran untuk makan tengahari kerana perut sudah lapar. Restoran yang terkenal di RP ialah Noor Restoran, tom yamnya paling best....Semasa sedang makan banyak lagi bas pelancong yang baru tiba.

Dibawah ni saya letakkan beberapa keping gambar suasana pekan RP



Sebuah bas pelancong baru tiba........

Bas IPDA pun ada juga.....










jaket army banyak dijual di sini...

Kelihatan sekumpulan kereta yang ada aktiviti dan bertampal poster....dari Selangor
Singgah juga di Rantau Panjang.......

Singgah makan di Noor Restoran....Sebuah restoran yang tersohor di Rantau Panjang dengan Tom Yam yang sunggoh sedap. Sudah banyak tempat saya makan tom yam ni.......tapi tak boleh nak tanding tom yam Noor Restoran ni.... Kelihatan dalam restoran ni sekumpulan pasukan pelawat dari Selangor juga sedang makan....mungkin mereka ada aktiviti ke negeri Kelantan
Jam 2.30 pm bertolak balik ke rumah melalui Kompleks kastam ini.....

0 pemberi komen: